Lukisan Malaysia, Balai Seni Lukis Negara, 1997. Pengajaran Lukisan, Balai Seni Lukis Negara, 2001. Rujuk juga The art of lines and drawings, New Straits Times, 27 Ogos, 1997, ulasan akhbar oleh Ooi Kok Chuen,ģ. Lukisan menjadi titian memori dan peta pengalaman ‘seorang Hasnul J Saidon’.ġ. Untuk ilmu melukis, saya berguru dengan Cikgu Aziz, Cikgu Baha, Joseph Tan, Ruzaika Omar Basaree, Tajali Abdullah, Ariffin Ismail, Tan Tuck Kan, Fauzan Omar, Amron Omar dan Ismail Zain. Saya melukis kartun keluarga dan bila belajar di UiTM, melukis wajah rakan-rakan saya.
Di sekolah, saya melukis wajah guru-guru saya, Laksamana Cheng Ho, Mahatma Gandhi, Nehru, Mat Kilau dan Hang Tuah. Bila sudah boleh membaca, hero saya bertukar kepada pelukis komik seperti Lat, Mishar, Rejabhad, Jaafar Taib, Zainal Buang Hussein, Zunar, Azman, Nan dan ramai lagi.
Kompat, dengan rambut pendek tercacak, sentiasa beraroma kayu serta sering datang lengkap dengan aksesorinya, menjadi hero saya. Saya pernah teruja dengan pensil yang digunakan untuk membuat tanda pada bongkah-bongkah kayu, seperti yang digunakan oleh ‘Kompat’, tukang kayu yang sering dipanggil ayahanda untuk membuat kerja-kerja pertukangan di rumah ketika saya masih belum bersekolah. Ayahanda saya pula membawa pulang kad-kad berisi ilustrasi dakwat oleh Abang Din, yang digunakan untuk mengajar anak-anak muridnya mengenali tulisan jawi (yang saya baca sebagai lukisan ‘bergaris’yang pandai menari ketika itu). Minat saya mula timbul bila melihat beliau memetakan garisan dan rupa pakaian di atas kertas dengan ‘kapur kain’. Secara peribadi, saya mula mengenali kertas dan lukisan dari bonda saya, yang digelar tukang jahit pakaian, bukannya seniman.